Monday, March 18, 2013

Maksud Visi
Visi menggariskan apa yang organisasi inginkan. Ia merupakan perspektif jangka panjang dan memberi fokus pada masa hadapan.

Maksud Misi
Misi menentukan tujuan asas organisasi dan memerihalkan dengan jelas mengapa organisasi wujud serta apa yang dilakukan untuk mencapai visinya.
Contohnya, penyataan misi bagi organisasi di atas mungkin ditulis seperti menyediakan pekerjaan bagi mereka yang tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan.

Maksud Matlamat
 Matlamat merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba dicapai oleh organisasi dalam jangka masa tertentu.
Contohnya, pernyataan objektif bagi contoh di atas ialah ‘melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan agar mereka yang tidak berumah dan berpekerjaan menjadi orang yang boleh berdikari’.


Maksud Portfolio
Aktiviti di dalam perancangan strategik di mana pihak pengurusan perlu menilai semula jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Setiap jenis atau bidang perniagaan yang diceburi oleh organisasi dikenali sebagai unit perniagaan strategik

Maksud Dokumen
Dokumen adalah surat penting atau berharga yang sifatnya tertulis atau tercetak yang berfungsi atau dapat di pakai sebagai bukti ataupun keterangan.

Thursday, March 7, 2013

Maksud MNC

                      Syarikat Multinasional (MNC) merupakan syarikat atau perbadanan yang beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal oleh satu perbadanan induk.  Kebanyakan Syarikat MNC adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika Syarikat (US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak dan kukuh dan sering mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi memperoleh sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Agenda yang dibawa oleh Syarikat MNC adalah merupakan agenda moden yang sangat diperlukan oleh negara yang kurang berdepan dengan pembangunan seperti elemen teknologi, kepakaran, pelaburan bagi menambah pendapatan negara  dan banyak lagi.

:D