Syarikat Multinasional (MNC) merupakan syarikat atau perbadanan yang
beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara
serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal
oleh satu perbadanan induk. Kebanyakan
Syarikat MNC adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika Syarikat (US) dan
Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak dan kukuh dan sering
mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi memperoleh sumber asli yang
banyak dan sumber buruh yang murah bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan
keuntungan. Agenda yang dibawa oleh Syarikat MNC adalah merupakan agenda moden
yang sangat diperlukan oleh negara yang kurang berdepan dengan pembangunan
seperti elemen teknologi, kepakaran, pelaburan bagi menambah pendapatan
negara dan banyak lagi.
:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment