1) Globalisasi: adalah inisiatif perniagaan yang
berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi
satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di
dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran.
2) Pasaran Menimbul: sebuah negara yang berusaha
untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan
prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui
pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.
3) Nasionalisasi: merujuk kepada tindakan sesebuah
kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma
tersebut sebagai milik negara.
4) Lokalisasi: merupakan satu bentuk strategi yang
biasa digunakan oleh syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan negara tempatan.
5) Dunia Tanpa Sempadan: memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah
perniagaan merentasi sempadan negara. Negara-negara di dunia telah mula
mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang
lebih bebas.
6) Penswastaan: merupakan
proses menswastakan atau memperbadankaan syarikat atau perbadanan awam untuk
mewujudkan syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan,
institusi-institusi kerajaan awam atau swasta, dan orang awam.
7) Selatan-selatan:
merupakan negara-negara yang sedang membangun dari segi pembangunan dan
ekonomi. Kebanyakan negara dalam kategori Selatan-selatan dianggap negara
miskin dan negara dunia ketiga.