Friday, April 19, 2013

1) Globalisasi: adalah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran.

2) Pasaran Menimbul: sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.

3) Nasionalisasi: merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.

4) Lokalisasi: merupakan satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan.

5) Dunia Tanpa Sempadan: memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara. Negara-negara di dunia telah mula mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang lebih bebas.

6) Penswastaan: merupakan proses menswastakan atau memperbadankaan syarikat atau perbadanan awam untuk mewujudkan syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan, institusi-institusi kerajaan awam atau swasta, dan orang awam.


7) Selatan-selatan: merupakan negara-negara yang sedang membangun dari segi pembangunan dan ekonomi. Kebanyakan negara dalam kategori Selatan-selatan dianggap negara miskin dan negara dunia ketiga.

1 comment:

  1. What is the difference between casinos and slots? - Trick to Actoe
    You will find the most popular slot 축구 승무패 예측 machine games at 폰타나 벳 slots sites. Most sites will offer free spins and 사설 토토 자수 유니 88 no deposit bonus, but that is 다 자바 usually 우리형티비 a

    ReplyDelete