Tuesday, July 22, 2014
Friday, April 19, 2013
1) Globalisasi: adalah inisiatif perniagaan yang
berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi
satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di
dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran.
2) Pasaran Menimbul: sebuah negara yang berusaha
untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan
prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui
pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.
3) Nasionalisasi: merujuk kepada tindakan sesebuah
kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma
tersebut sebagai milik negara.
4) Lokalisasi: merupakan satu bentuk strategi yang
biasa digunakan oleh syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan negara tempatan.
5) Dunia Tanpa Sempadan: memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah
perniagaan merentasi sempadan negara. Negara-negara di dunia telah mula
mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang
lebih bebas.
6) Penswastaan: merupakan
proses menswastakan atau memperbadankaan syarikat atau perbadanan awam untuk
mewujudkan syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan,
institusi-institusi kerajaan awam atau swasta, dan orang awam.
7) Selatan-selatan:
merupakan negara-negara yang sedang membangun dari segi pembangunan dan
ekonomi. Kebanyakan negara dalam kategori Selatan-selatan dianggap negara
miskin dan negara dunia ketiga.
Monday, March 18, 2013
Maksud Visi
Visi menggariskan apa yang organisasi inginkan. Ia merupakan perspektif jangka panjang dan memberi fokus pada masa hadapan.
Maksud Misi
Matlamat merupakan sasaran atau hasil akhir yang
cuba dicapai oleh organisasi dalam jangka masa tertentu.
Contohnya, pernyataan
objektif bagi contoh di atas ialah ‘melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan
agar mereka yang tidak berumah dan berpekerjaan menjadi orang yang boleh
berdikari’.
Visi menggariskan apa yang organisasi inginkan. Ia merupakan perspektif jangka panjang dan memberi fokus pada masa hadapan.
Maksud Misi
Misi menentukan tujuan asas organisasi dan
memerihalkan dengan jelas mengapa organisasi wujud serta apa yang dilakukan
untuk mencapai visinya.
Contohnya, penyataan misi bagi organisasi di atas
mungkin ditulis seperti menyediakan pekerjaan bagi mereka yang tidak berumah
dan tidak mempunyai pekerjaan.
Maksud Matlamat
Maksud Portfolio
Aktiviti di dalam perancangan strategik di mana
pihak pengurusan perlu menilai semula jenis-jenis perniagaan yang dijalankan
oleh syarikat. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti perniagaan yang dijalankan
oleh syarikat. Setiap jenis atau bidang perniagaan yang diceburi oleh
organisasi dikenali sebagai unit perniagaan strategik
Maksud Dokumen
Dokumen adalah surat penting atau berharga yang sifatnya tertulis atau tercetak yang berfungsi atau dapat di pakai sebagai bukti ataupun keterangan.
Maksud Dokumen
Dokumen adalah surat penting atau berharga yang sifatnya tertulis atau tercetak yang berfungsi atau dapat di pakai sebagai bukti ataupun keterangan.
Thursday, March 7, 2013
Maksud MNC
Syarikat Multinasional (MNC) merupakan syarikat atau perbadanan yang
beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara
serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal
oleh satu perbadanan induk. Kebanyakan
Syarikat MNC adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika Syarikat (US) dan
Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak dan kukuh dan sering
mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi memperoleh sumber asli yang
banyak dan sumber buruh yang murah bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan
keuntungan. Agenda yang dibawa oleh Syarikat MNC adalah merupakan agenda moden
yang sangat diperlukan oleh negara yang kurang berdepan dengan pembangunan
seperti elemen teknologi, kepakaran, pelaburan bagi menambah pendapatan
negara dan banyak lagi.
:D
:D
Subscribe to:
Posts (Atom)